Pengenalan
Pertubuhan Baitul Aini adalah sebuah pertubuhan yang berorientasikan kebajikan bagi memelihara nasib anak-anak yatim dan miskin melalui pendidikan yang berteraskan Islam. Pertubuhan ini ditubuhkan khusus untuk mendidik dan membela nasib anak-anak yatim dan miskin bagi menyediakan mereka menghadapi cabaran di masa akan datang. Pertubuhan ini mempunyai pusat jagaan anak yatim di Ipoh, Perak yang mempunyai kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Perak. Pusat jagaan ini dinamakan Pusat Jagaan Baitul Aini. Pusat jagaan ini telah didaftarkan pada 10 Disember 2008 dibawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan Malaysia 1966, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, dengan nombor pendaftaran 2069-08-PRK.
Pada 7 Julai 2013, Pertubuhan Baitul Aini telah membantu
penubuhan sebuah pusat pengajian tahfiz di Kuang, Selangor
yang didaftarkan di bawah nama Maahad Tahfiz Baitul Aini
pada 14 Julai 2014. Pusat tahfiz ini beroperasi dengan
sendiri melalui ahli Lembaga Pengarah yang dilantik.
Pertubuhan Baitul Aini berwawasan untuk melengkapkan pusat pengajian Islam Baitul Aini di mana semua jenis masyarakat Islam dapat mempelajari dan berkongsi ilmu agama dan pengajian Al-Quran. Pengajar-pengajar dan penceramah akan berkumpul di pusat ini dan ilmu-ilmu akhirat dapat disebarkan bukan sahaja kepada pelajar tahfiz dan anak yatim Baitul Aini, tetapi juga orang awam terutama warga emas pada masa hadapan.
Oleh kerana Pertubuhan Baitul Aini adalah pertubuhan amal/sukarela yang tidak bermotifkan keuntungan, ia melaksanakan pelbagai aktiviti dan program serta projek pembangunan Islam di atas permintaan orang awam, berdasarkan sumbangan serba sedikit daripada orang ramai, institusi awam dan swasta.
Sejak penubuhan, selain mendidik anak-anak yatim dan
miskin, Pertubuhan Baitul Aini juga telah berjaya dan secara
berterusan:
- merealisasikan hasrat pewakaf dan penyumbang untuk
membangunkan pusat kebajikan dengan infrastruktur yang
lengkap
- membangunkan surau tahfiz sebagai pusat ibadah dan
komuniti untuk orang ramai
- mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan yang kurang
berada
- melahirkan pekerja atau pengajar yang berkebolehan untuk
mengurus pusat kebajikan atau pusat tahfiz
Semoga dengan kerjasama dan sokongan padu dari pelbagai pihak akan dapat merealisasikan impian dan hasrat murni yang berterusan ini. Insyaallah.
Objektif Penubuhan
- Menubuh dan menguruskan rumah kebajikan anak-anak yatim
dan miskin menurut perspektif Islam
- Melahirkan pelajar yang hafaz Al-Quran dan mendalami ilmu
hadith
- Menunaikan tuntutan fardu kifayah
- Membentuk generasi Al-Muflihun berasaskan kepada Al-Quran
dan As-Sunnah
- Menanam dan memasukkan kefahaman Akidah Islamiah dalam
jiwa pelajar
- Menjadi pemangkin kepada usaha memperbanyakkan ahli
Al-Quran dan ahli Hadith dalam masyarakat Malaysia
Moto Dan Visi
"GENERASI AL-QURAN PEMANGKIN PEMBANGUNAN UMMAH"