Setiap kebaikan adalah sedekah...
PENGUMUMAN:
Pusat Jagaan Baitul Aini kini telah berpindah ke Kg.
Kuala Pari Hilir pada Februari 2021. Tempat
lama adalah di Simpang Pulai.
Pertubuhan Baitul Aini (2069-08-PRK) adalah sebuah pertubuhan yang berorientasikan kebajikan bagi memelihara nasib anak-anak yatim dan miskin melalui pendidikan yang berteraskan Islam. Pertubuhan ini ditubuhkan khusus untuk mendidik dan membela nasib anak-anak yatim dan miskin bagi menyediakan mereka menghadapi cabaran di masa akan datang.
Pertubuhan ini telah menubuhkan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin (Pusat Jagaan Baitul Aini) di Ipoh, Perak pada 10 Disember 2008, dengan kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu ia juga telah membantu penubuhan Maahad Tahfiz Baitul Aini di Kuang, Selangor pada 14 Julai 2014 yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pusat tahfiz ini beroperasi dengan sendiri melalui ahli Lembaga Pengarah yang dilantik.
Pertubuhan Baitul Aini tidak berada di bawah mana-mana naungan individu atau syarikat, maka sumbangan adalah secara serba sedikit daripada orang ramai, institusi awam dan swasta.
Semoga dengan kerjasama dan sokongan padu dari pelbagai pihak akan dapat merealisasikan impian dan hasrat murni yang berterusan ini. Insyaallah.