Pengenalan

Pertubuhan Baitul Aini adalah sebuah pertubuhan yang berorientasikan kebajikan bagi memelihara nasib anak-anak yatim dan miskin melalui pendidikan yang berteraskan Islam. Pertubuhan ini ditubuhkan khusus untuk mendidik dan membela nasib anak-anak yatim dan miskin bagi menyediakan mereka menghadapi cabaran di masa akan datang. Pertubuhan ini mempunyai pusat-pusat jagaan anak yatim di Perak dan Selangor yang mempunyai kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Selain menjaga kebajikan mereka, Pertubuhan Baitul Aini juga menyediakan kelas pengajian Islam seperti bacaan Al-Quran, tahfiz, tajwid, fardhu ain dan bahasa Arab.


Pertubuhan Baitul Aini bermula dari pembukaan pusat jagaan anak yatim di Ipoh yang telah didaftarkan pada 10 Disember 2008 dibawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan Malaysia 1966, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, dengan nombor pendaftaran 2069-08-PRK.
 
Pada 7 Julai 2013, Pertubuhan Baitul Aini telah membuka sebuah lagi pusat anak yatim miskin pengajian tahfiz serta warga emas di Kuang yang didaftarkan di bawah Pertubuhan Kebajikan Baitul Aini Selangor nombor pendaftaran PPM-002-10-18062012. Pertubuhan Kebajikan Baitul Aini Selangor bertanggungjawab untuk menguruskan cawangan Pertubuhan Baitul Aini di Selangor.


Pertubuhan Kebajikan Baitul Aini Selangor akan melengkapkan pusat pengajian Islam Baitul Aini di mana semua jenis masyarakat Islam dapat mempelajari dan berkongsi ilmu agama dan pengajian Al-Quran. Pengajar-pengajar dan penceramah akan berkumpul di pusat ini dan ilmu-ilmu akhirat dapat disebarkan bukan sahaja kepada pelajar tahfiz dan anak yatim Baitul Aini, tetapi juga orang awam terutama warga emas pada masa hadapan.


Bagi memastikan sistem pengajaran yang lebih teratur, Baitul Aini Selangor telah mendaftarkan pengajian tahfiz di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (JAIS) di bawah nama Maahad Tahfiz Baitul Aini bermula 14 Julai 2014.

Oleh kerana Pertubuhan Baitul Aini adalah pertubuhan amal/sukarela yang tidak bermotifkan keuntungan, ia melaksanakan  pelbagai aktiviti dan program serta projek pembangunan Islam di atas permintaan orang awam, berdasarkan sumbangan serba sedikit daripada orang ramai, institusi awam dan swasta.


Sejak penubuhan, selain mendidik anak-anak yatim dan miskin, Pertubuhan Baitul Aini juga telah berjaya dan secara berterusan:
- merealisasikan hasrat pewakaf dan penyumbang untuk membangunkan pusat kebajikan dengan infrastruktur yang lengkap
- membangunkan surau tahfiz sebagai pusat ibadah dan komuniti untuk orang ramai
- mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan yang kurang berada
- melahirkan pekerja atau pengajar yang berkebolehan untuk mengurus pusat kebajikan atau pusat tahfiz
- menjadi 'Host Company' program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) untuk meningkatkan tahap keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan.


Semoga dengan kerjasama dan sokongan padu dari pelbagai pihak akan dapat merealisasikan impian dan hasrat murni yang berterusan ini. Insyaallah.


Objektif Penubuhan

- Menubuh dan menguruskan rumah kebajikan anak-anak yatim dan miskin menurut perspektif Islam
- Melahirkan pelajar yang hafaz Al-Quran dan mendalami ilmu hadith
- Menunaikan tuntutan fardu kifayah
- Membentuk generasi Al-Muflihun berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah
- Menanam dan memasukkan kefahaman Akidah Islamiah dalam jiwa pelajar
- Menjadi pemangkin kepada usaha memperbanyakkan ahli Al-Quran dan ahli Hadith dalam masyarakat Malaysia



Moto Dan Visi

"GENERASI AL-QURAN PEMANGKIN PEMBANGUNAN UMMAH"

Akaun Bank

  • Pertubuhan Baitul Aini (MAYBANK)
  • 508319215623

  • Pertubuhan Kebajikan Baitul Aini Selangor (MAYBANK)
  • 564566301030

  • Maahad Tahfiz Baitul Aini (CIMB)
  • 8602252962

Hubungi Kami

  • Pertubuhan Baitul Aini Ipoh
  • Hjh. Noraini 013-5133454

  • Pertubuhan Kebajikan Baitul Aini Selangor
    @ Maahad Tahfiz Baitul Aini
  • Pn. Nadia 013-3330283

  • Email
  • admin@baitulaini.org

  • Facebook
  • @pertubuhanbaitulaini