Pengenalan MTBA

Maahad Tahfiz Baitul Aini (MTBA) adalah sebuah pusat tahfiz swasta di bawah pengurusan Pertubuhan Kebajikan Baitul Aini Selangor. Bagi memastikan sistem pengajaran yang teratur, MTBA telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor pada 14 Julai 2014.

Maahad Tahfiz Baitul Aini dijangka dapat melengkapkan pusat pengajian Islam Baitul Aini di mana semua jenis masyarakat Islam dapat beribadah, mempelajari dan berkongsi ilmu agama dan pengajian Al-Quran.

MTBA sentiasa melaksanakan pelbagai aktiviti dan program serta projek pembangunan Islam, dengan bantuan dan sumbangan daripada orang ramai, institusi awam dan swasta.

Kemudahan Sekolah

MTBA mempunyai kemudahan pengajian yang lengkap seperti surau awam, dewan perhimpunan, asrama pelajar, kelas pengajian, tapak pertanian dan bilik penginapan tetamu untuk pelawat yang ingin mendalami ilmu agama. Dengan kemudahan ini, MTBA mampu menampung bilangan pelajar yang ramai sambil memastikan keadaan pembelajaran yang selesa.

Surau MTBA sentiasa dipenuhi oleh masyarakat Islam sewaktu solat berjemaah. Dewan digunakan untuk aktiviti keramaian dan jemputan khas. Asrama pelajar yang luas, tapak pertanian dan haiwan peliharaan untuk mengisi kekosongan pelajar.

Kakitangan MTBA

Pengajar tahfiz di MTBA diketuai oleh Sheikh Bakry Ayoub yang berkemahiran di dalam bidang pengajian Al-Quran. Pekerja MTBA pula adalah orang-orang yang terpilih, yang mengamalkan sikap amanah, bekerjasama dan bertanggungjawab.

Lembaga disiplin dibentuk bagi memastikan tindakan disiplin yang dikenakan ke atas penghuni MTBA adalah bersesuaian.

Galeri Sekolah

Aktiviti Sekolah

Matlamat Kami

Melahirkan pelajar yang hafaz Al-Quran dan mendalami ilmu hadith, membentuk generasi Al-Muflihun berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, menanam dan memasukkan kefahaman Akidah Islamiah dalam jiwa pelajar, dan menjadi pemangkin kepada usaha memperbanyakkan ahli Al-Quran dan ahli Hadith dalam masyarakat Malaysia.

Untuk itu, MTBA memastikan pelajar-pelajar sentiasa menikmati kemudahan dan persekitaran yang selesa dan selamat. Berikut adalah beberapa testimoni dari pelajar MTBA:

Rizaman

"Tempat yang selesa, ustaz yang baik, makanan terurus. Sangat seronok dapat kenal tempat ini."

Razli

"Seronok duduk sini. Kawan-kawan yang baik. Semoga Baitul Aini berjaya."

Rudin

"Memang best. Kawan baik-baik. Ustaz pun elok kat sini."

Ahmad Zawawi

"Seronok belajar dan lain-lain lagi. Boleh main dengan kuda, memancing ikan dan bermain dengan kawan-kawan."

Ali Hasan

"Perasaan best dekat MTBA."

Muhammad Adiel

"Saya berasa amat gembira di MTBA. Semua kawan-kawan sangat spoting. Siapa yang belajar di MTBA pasti akan seronok. Di MTBA best dapat main bola dan badminton. Seronoknya. Alhamdulillah."

MAAHAD TAHFIZ BAITUL AINI

PT 478, Lorong Setia 12, Kg. Setia,
48050 Kuang, Selangor.